10 Fakta Menarik Tentang Masjid Quba’


Dalam bulan Rabiulawal, terdapat banyak peristiwa penting yang tercatat dalam sejarah Islam menurut pandangan ulama.

Salah satu peristiwa besar adalah ketika Nabi Muhammad SAW membina Masjid Quba, yang merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam pada tarikh tersebut.

Masjid Quba memiliki sejarah penting dalam Islam, sebagai masjid pertama yang dibina setelah hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

Gambar Luaran Masjid Quba’ Dari Arah Masjid Nabawi

Pada peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, dicatat bahwa Rasulullah SAW tiba di Quba pada 8 Rabiulawal, tahun ke-14 pengutusan Rasulullah, yang sama dengan tahun pertama Hijrah, pada 23 September 622 Masihi.

Di sana, Baginda tinggal selama empat hari, yaitu Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis. Pada hari kelima, yaitu hari Jumaat, dengan perintah Allah, Baginda berangkat dengan diikuti oleh Abu Bakar untuk menemui Bani al-Najjar, yang merupakan keluarga Rasulullah dari pihak ibunya.

Peristiwa ini menjadi titik penting dalam sejarah pembinaan masjid dalam suatu negara dan masyarakat yang bersatu padu.

Jemaah Mengambil Air Zam-zam Bahagian Belakang Masjid

Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai Masjid Quba yang mungkin tidak diketahui oleh banyak orang:

  1. Quba diambil dari nama Kampung Quba, yang terletak di kawasan pinggiran Yathrib, kira-kira 3 kilometer (3 km) di selatan Madinah.
  2. Masjid Quba didirikan pada Hari Isnin, 8 Rabiulawal 1 Hijrah (23 September 622 Masihi), di atas sebidang tanah seluas 1,200 meter persegi milik keluarga Kalsum bin Hadam dari Kabilah Amru bin Auf.
  3. Masjid Quba dibina sendiri oleh Rasulullah dengan meletakkan batu asas pertama (batu di mihrab masjid) yang menghadap Baitulmaqdis di Palestin, yang kemudian diikuti oleh Abu Bakar, Umar, dan Uthman secara berturut-turut.
  4. Masjid asal hanyalah satu ruang segi empat untuk solat dan sebuah serambi. Ruangan bertiang pohon kurma dan beratap pelepah daun kurma bercampur tanah liat. Di tengahnya terdapat ruang terbuka yang disebut ‘sahn’. Di tempat itu terdapat telaga untuk mengambil air wudhuk.
  5. Masjid Quba menjadi masjid pertama yang mendirikan pelaksanaan solat berjemaah.
  6. Pernah mengalami peralihan arah kiblat dari Baitulmaqdis kemudian ditukar menghadap Baitullah di Mekah.
  7. Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan khalifah pertama yang membangunkan empat menara Masjid Quba setinggi 47 meter
  8. Di bahagian atasnya tersusun enam kubah besar masing-masing berdiameter 12 meter dan ada 56 kubah kecil masing-masing berdiameter 6 meter.
  9. Hari ini Masjid Quba memiliki 19 pintu, terdiri dari tiga pintu utama. Tiga pintu utama, yang berdaun pintu besar. Dua pintu untuk jemaah lelaki, dan satu pintu bagi jemaah wanita.
  10. Luas kawasan masjid ini sekitar 135,000 meter persegi. Ruang solat utama seluas 5,035 meter persegi dan mampu menampung hingga 20,000 jemaah. Sebelum dibesarkan, pada zaman Rasulullah, luasnya hanya 200 meter persegi.

Jemaah melakukan solat sunat di Masjid Quba’